Tuesday, June 14, 2011

Pernah hidup ini CUKUP?

Kecukupan[QANAAH]

If you are a person who is satisfied with what he has
Then you and the owner of all possessions are equal
-imam syafie

Saya baru-baru ni terjumpa ayat ni setelah dikongsi oleh seorang blogger.
Saya memang terpanggil untuk membaca lebih lanjut sebabnya, penjelasan tentang berasa cukup dengan apa yang ada (qanaah) telah dijelaskan dengan begitu mantap sekali dalam dua baris ayat tersebut.
Jadi, saya ingin berkongsi dan kita sama-sama lihat contoh-contoh yang boleh diberi ;

1. Orang yang merasa cukup dengan kereta kancilnya, sama sahaja dengan orang yang merasa cukup dengan kereta BMW. Bahkan, mungkin taraf orang yang rasa cukup ada kereta kancil lebih tinggi daripada orang yang dah ada BMW, tapi dia masih belum puas.

2. Orang yang dapat belajar kat public university di Malaysia, e.g. UiTM tapi dia rasa beruntung dapat melanjutkan pelajaran kat universiti tu, sama sahaja dengan orang yang juga rasa beruntung dapat belajar di Oxford or Harvard University misalnya.

3. Orang yang tenang dan cool bekerja sebagai nelayan, sama sahaja dengan orang yang bekerja engineer yang dapat duit beribu-ribu. Bahkan mungkin nelayan itu lebih baik daripada engineer kalau engineer tu tak mampu nak tenang atau cool seperti nelayan tersebut.

4. Orang yang rasa muka dia mungkinlah tak hensem mana, tapi dia tak kesah pun - adalah lebih baik daripada pelakon-pelakon popular misalnya yang dah buat plastic surgery pun masih tak puas hati.

Itu antara yang kita boleh ambil daripada kata-kata Imam Syafie. Apa yang saya nak katakan sifat merasa cukup itu menandakan merasa lapang hati dengan apa yang ada, dan bukannya tinggalkan dunia. Haruslah kita memiliki dunia,tapi janganlah dilalaikan oleh dunia itu. Menjadikan dunia jambatan yang kukuh untuk membawa kita ke SANA nanti. InsyaAllah.

Sunday, June 5, 2011

Study hard ke study Smart...Mana pilihan anda?

Study Hard And Smart..Mana Pilihan anda?


Study hard itu kalau boleh kita ibaratkan adalah sebagai belajar betul-betul manakala study smart pula boleh diibaratkan sebagai belajar dengan cara yang betul. Kalau kita kembangkan lagi study hard tu boleh juga dipanggil sebagai belajar secara effective dan study smart tu boleh pula dipanggil belajar secara efficient. Mungkin anda masih kurang jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Kalau kita nak belajar dengan cara yang betul maknanya kita perlukan ilmu dan kalau nak belajar betul-betul kita perlulah mengamalkan ilmu yang kita telah pelajari. Baiklah lihat rajah dibawah
ssmart.gif
Apa kesimpulan yang anda boleh buat, betul anda perlu menggunakan kedua-dua teknik ini secara seimbang, jika anda hanya belajar betul-betul nanti hasilnya tidak sesempurna mana kerana matlamatnya mesti buat aje. Tapi kalau anda belajar dengan cara yang betul anda bukan saja dapat menyiapkan tugas anda sebagai pelajar tetapi hasil dari usaha anda itu adalah keputusan yang baik. Kalau kita anda ilmu yang betul tetapi semasa beramal tidak menggunakannya, apa akan terjadi, sia-sialah amalan kita. Tapi macam mana pulak kalau kita beramal tanpa ilmu yang betul, lagi harulah jadinya. Jadi jangan lupa carilah ilmu tentang teknik belajar yang betul ini.[dikongsi drpd topeng zorro]

Jadi pilihlah mengikut kesesuaian dan keselesaan diri nescaya anda akan dapat melonjakkan kejayaan anda! selamat berjaya!

Wednesday, June 1, 2011

Alhamdulillah...


Perjalanan utk mengapai ilmu semakin mencabar...perjalanan kadang-kadang berulang alik dari sg.petani ke shah alam memang memenatkan selain melaksanakan tugas sebagai pendidik. Alhamdulillah secebis coretan telah berjaya di'jurnal'kan. Terima kasih kepada Prof.Madya Dr.Maznah Wan Omar penyelia yang sentiasa memberi sokongan dan panduan dalam perjuangan melengkapkan penyelidikan ini.Terima kasih juga pada yang lain dan semoga perjalanan menghabiskan pengajian dan menuntut ilmu ini diberkati dan dipermudahkan jalan oleh-NYA.InsyaAllah.

http://www.cscanada.net/index.php/css/article/viewFile/1798/2132

Tuesday, May 31, 2011

JALAN LURUS YANG KELAM..SEBUAH TRAGEDI.

Semalam, selepas mengajar terasa lapar dan tergerak hati untuk makan char koey teow di semeling. Tapi terfikir untuk balik ke rumah dulu untuk tukar baju. kemudian, keluar makan dengan rakan serumah....

Dalam perjalanan, selepas traffic light simpang empat diantara uitm kedah dan mrsm merbok terlihat banyak kereta ditepi jalan termasuk kereta bahagian keselamatan uitm..rupa-rupanya ada satu kemalangan yang teruk antara dua buah kereta,kemalangan itu kelihatan baru terjadi...ramai orang berkerumun di situ walaupun keadaan cukup gelap di tepi ladang getah. Terdetik mungkinkah pelajar uitm yang terlibat...tapi tak sampai hati untuk turun tengok,jadi kami teruskan perjalanan ke kedai makan.

Masa di kedai makan, terlintas di fikiran,sesungguhnya Allah telah merencanakan segalanya...jika selepas mengajar terus ke kedai mungkin diri ini juga menjadi sebahagian mangsa kemalangan itu.Allahuakbar...

Balik ke rumah selepas makan, terbaca beberapa post di facebook mengatakan kemalangan yang kami tengok tadi melibatkan pelajar uitm dan dikhabarkan pelajar dip.in account semester 3. sekali lagi terdetik hati sambil berdoa harapnya bukan pelajar kelas yang aku ajar. Baru sahaja mengajar kelas pertama hari isnin lepas.

Bangun di pagi ini, hujan sangat lebat tidak seperti hari biasa...mendapat panggilan students untuk pergi menziarahi jenazah rakan mereka yang telah pergi dulu. memang kemalangan semalam melibatkan pelajar uitm kedah.

Nak diikutkan telah banyak kemalangan yang jadi di jalan tu, entahlah banyak puncanya...itulah JALAN LURUS YANG KELAM.

Harap semua berhati-hati dan harap ada tindakan dari pihak berkuasa untuk buat lampu jalan di situ.

INNALILLAH DAN AL-FATIHAH....

Antara Ais dan Api....cukup baikkah kita?


Apakah sudah layak untuk kita gelarkan seseorang itu baik apabila dia telah melakukan hanya SATU kebaikan? tentunya tidak....orang akan mengelarkan kita baik hanya apabila kita melakukan kebaikan yang banyak dan mungkin lama kita melakukan kebaikan itu.

Tapi untuk menyatakan seseoran itu tidak baik cukup mudah, apabila kita melakukan SATU kesalahan/kesilapan/keburukan sudah cukup untuk kita digelar seseorang tidak baik dan berterusan dan mungkin selamanya dipandang tidak baik.

Jadi, segala kebaikan yang kita lakukan itu pada pandangan orang sudah tiada maknanya lagi...kebaikan itu umpama segunung ais yang semakin cair oleh kerana panas dek sebutir api. KEBAIKAN ITU AIS DAN KEBURUKAN ITU API...cukup mudah api mencairkan ais.

Itulah lumrah hidup, orang lebih memandang kelemahan daripada kelebihan dan apabila keburukan menjadi fokus,segala kebaikan dan kelebihan sudah tidak ternilai lagi.Setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing. Biarlah walaupun orang secara adatnya suka untuk memandang keburukan tetapi yakinlah ALLAH itu maha Adil kerana setiap kebaikan walaupun sebesar zarah sekalipun pasti dinilai dan begitu juga keburukan yang dilakukan. Hidup perlu diteruskan.....semoga Allah memberkati dan terus meniupkan angin semangat untuk mengharungi liku-liku hidup ini. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.Ya Allah Ampuni dosa-dosa hambamu ini.

Sunday, May 29, 2011

Antara Cita dan Cinta

CITA-CITA DAN CINTA,
TAK USAH DIPISAHKAN,
CITA-CITA ITU MULIA,
CINTA ITU SUCI,
KEMULIAAN DAN KESUCIAN,
DIPAUT DENGAN TALI KEIMANAN,
CINTAILAH CITAMU,
KERANA TUHAN YANG MAHA ESA.
CITA-CITA ITU KOSONG TANPA
CINTA,
CINTA ITU TAK BERHALUAN TANPA
CITA-CITA,
CINTA DAN CITA SAMA SAHAJA,
KEDUA-DUANYA PERLU
PENGORBANAN.

CINTAILAH ALLAH,
BERCITA-CITALAH KE SYURGA,
CINTAILAH ILMU,
KELAK CERAH CITA-CITA,
MULIA DUNIA,
MULIA AKHIRAT,
CINTAMU RABBI,
CITA-CITA TERAGUNG.
IKHMAL M.F.
15.6.2004 ; 11.47PM

Sunday, February 27, 2011

Renunglah ilmu dengan mata hati....





Minggu lepas, saya tergerak hati menonton sebuah rancangan 'dari mata ke hati' di astro oasis. rancangan itu di hoskan oleh Prof.Dr.Muhaya salah seorang pakar mata terulung negara. Dalam rancangan itu, Prof.Dr,Muhaya telah menemu ramah seorang pelajar masalah penglihatan yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM lepas. Saya merasa tersentuh dengan kejayaannya dan ingin berkongsi bersama tentang kejayaanya melihat ilmu dengan mata hati....

Calon separa buta peroleh kejayaan membanggakan


Pelajar cacat penglihatan, Nur Najmi Syamila Mohd Sakari, 18, mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila muncul antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 bagi kategori pendidikan khas.
Anak petani dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu mencatat 8A dan 2B dalam keputusan SPM yang diumumkan serentak seluruh negeri, hari ini (11 Mac).
Dia yang ditemani bapanya, Mohd Sakari, 54, dari Kampung Jerung Tuan, Wakaf Tapai, Marang menitiskan air mata kegembiraan apabila menatap keputusan yang tercatat pada slip keputusan peperiksaan yang diserahkan pengetua sekolahnya, Hajah Zabedah Muda.
“Saya mahu dedikasikan kejayaan saya kepada rakan-rakan yang senasib seperti saya supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan kecacatan ini sebagai penghalang.
“Selepas ini saya berazam untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar untuk membantu golongan seperti saya kerana hanya saya yang mampu merasai apa yang mereka rasai,” katanya.
Katanya, usaha dan doanya tanpa henti selain sokongan keluarga dan guru yang tiak jemu membimbing dan memberi pengajaran khas kepadanya akhirnya berbaloi dengan apa yang sudah terbukti kini.
Nur Najmi berkata, walaupun dilahirkan cacat, beliau tidak pernah merasa serba kekurangan, malah yakin kepada kemampuan diri dan tidak sesekali menyerah kalah dan berusaha untuk mencapai sasaran dan menggembirakan keluarga.
Bapa Nur Najmi, Mohd Sakari bekerja sebagai petani, yang tidak dapat membendung tangisan kesyukuran dengan kejayaan luar biasa anak keenam daripada lapan beradik itu, tidak menduga anaknya yang dilahirkan cacat penglihatan sejak kecil itu mampu membuktikan kecacatan bukan penghalang untuknya cemerlang.
Tiga gambar ini menunjukkan reaksi Nur Najmi Syamila ketika melihat keputusan SPM.
“Pak cik terharu sangat..sentiasa minta hidayah dan petunjuk dari Allah SWT supaya anak pak cik berjaya dan Alhamdulillah hari ini dia berjaya.
“Dia jadikan empat kakak dan abang yang lain sebagai contoh dan pak cik terharu sangat walaupun peringkat awal risau juga memikirkan nasib dia. Tapi apabila masuk sekolah menengah dia semakin bagus dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran,” katanya.
Nur Najmi antara pelajar pendidikan khas yang menjalani pembedahan mata sumbangan kerajaan negeri pada Disember lalu.

Friday, February 25, 2011

Bersatulah Anak Didikku

Bersatulah Anak Didikku.

Hari ini kalian datang dengan senyuman,
Senyuman yang terukir kerana menjejak kaki ke menara gading,
tapi adakah kalian sedar?
adakah kalian tahu?
akan erti pengorbanan sebenar seorang pejuang ilmu di menara gading?

Sedarlah,
Bukan mudah yang disangka,
Bukan secerah matahari hingga ke petang,
kadang kala mendung menjengah jua.

Apabila bergelar mahasiswa,
Usahlah leka dengan hanya pada gelaran,
tidak mahu memandang ke bawah lagi,
jangan lupa kita bukan selamanya diatas,
kita bukan siapa jika kita hanya mendongak ke langit.

Hormatilah siapa jua yang memberi kalian ilmu,
kerana tanpa ilmu kalian buta,
usahlah angkuh dengan sedikit ilmu yang telah dipelajari,
kalian tidak akan berjaya jika kepentingan diri menjadi pegangan.
Bersatulah hati,bulatkan tekad,
Jangan berpecah,yang pecah itu lemah,
Bila kalian lemah susah menjengah,
Biarlah setinggi gunung ilmu didaki,
Namun denyut nadi tetap merendah diri.



Wahai Saudaraku, Bersatulah, Jangan Berpecah-belah.










Menyingkap Tirai Kedamaian Hati

Please click this link...


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

MENCARI REDHA DALAM KETENTUANMU

MENCARI REDHA DALAM KETENTUANMU
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Sebenarnya seluruh manusia tidak akan mampu untuk menolongmu, malah dirimu sendiri pun tidak akan berupaya untuk menolongmu kecuali apa yang diizinkan oleh Allah sahaja. Hanya kepada Tuhanmu sajalah tempat untuk engkau mengadu dan memohon. Redhalah dengan ketentuanNya.

Sedarilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang engkau alami dan engkau sentiasa berada di dalam pengawasanNya dan sesungguhnya engkau berada di sini hanyalah untuk diuji.
Hendaklah engkau redha bahawa Allah adalah Tuhanmu dan redha juga dengan segala ketentuanNya. Wahai diriku, ketahuilah bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Iradat Allah. Tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku jika bukan dengan kehendak Allah. Tidak ada sesuatu yang bergerak dan tidak ada yang diam melainkan semuanya dengan kehendak Allah jua. Tidak ada sesuatu yang berlaku pada dirimu di luar pengetahuan Allah. Tidak ada satu pun yang berlaku pada dirimu itu berlaku dengan sendirinya, itu adalah kehendak Tuhanmu.

Sesiapa pun tidak akan mampu untuk menolak kehendak Allah. Semua perkara berlaku dengan Kudrat dan Iradat Ilahi. Terimalah dengan hati terbuka, berusahalah dan teruslah bertawakkal kepadaNya. Redhalah dengan ketentuan Tuhan. Ketahui jugalah, Tuhan yang menimpakan ujian yang kau rasakan berat kepadamu itu adalah Tuhan yang sama yang memberi kemewahan dan rezeki kepada musuhmu, yang pada pandanganmu seorang yang ingkar. Adakah engkau redha dengan ketentuanNya?

Pada pandangan Allah, dunia dan segala isinya ini tidaklah lebih berharga berbanding sehelai sayap nyamuk. Ketahuilah, pemberian kemewahan dunia kepada hambaNya itu bukanlah bermakna keredhaan dari Allah. Sedarilah, hanya Allah Tuhan yang esa, tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu redhalah Dia sebagai Tuhanmu. Sebagaimana engkau rela menerima Allah sebagai Tuhanmu maka redhalah di dalam menerima ketentuanNya.

‘Tidak ada daya dan upaya pada seluruh makhluk melainkan dengan izin dari Allah jua’. Wahai diriku, ketahuilah tidak ada yang akan terlepas dari kehendak Allah dan tidak ada yang dapat menahan ketentuanNya.

REDHAILAH DIRIKU WAHAI TUHAN....

Saturday, February 12, 2011

Puisi- Sahabat Selamanya...

TIKA KEJAUHAN INI BERPUTAR KEMBALI
MEMORI LALU,
SEJAK BARU MENGENAL ANGKA DAN
ABJAD,
BERSYUKUR KITA DITAKDIRKAN
BERTEMU,
TERUS KU KENAL DIRI KALIAN ATASNAMA
KAWAN,RAKAN DAN TEMAN,
TITIPKANLAH DOA DALAM SETIAP
SUJUD KITA,
AGAR PERSAHABATAN INI TERUS SUBUR
MEWANGI,
TERUSKANLAH LANGKAH MENUJU
DESTINASI,
TAPI USAHLAH SESEKALI KITA LUPA
AKAN
ERTI SEBENAR PERSAHABATAN INI,
WALAU SUSAH,
WALAU SENANG,
WALAU CERIA,
WALAU BERDUKA,
WALAU DI UTARA,SELATAN,TIMUR DAN
BARAT,
KITA MEMBAWA HALUAN UNTUK
MENGAPAI IMPIAN,
BERDOALAH AGAR KITA BERTEMU DI
SUATU PERSIMPANGAN YANG BERNAMA
KEJAYAAN,
PERSAHABATAN INI BUKAN HANYA
KHAYALAN,
TAPI SEBUAH IMPIAN YANG DISIMPUL
ATAS
LANDASAN KEJUJURAN DAN KENYATAAN,
TIADA APA YANG MAMPU DIBERIKAN
SELAIN SECEBIS UCAPAN TERIMA KASIH,
MOGA KANVAS PERSAHABATAN KITA
TERUS DIWARNAI WARNA-WARNA
KEGEMILANGAN,
SALAM PERSAHABATAN..
SALAM UKHWAH..
IKHMAL M.F.
29 DISEMBER 2005
3.40 PM

Jadikan kejayaan penyakit yang berjangkit....

( Jangkitan kejayaan bergantung siapa yang kita dampingi..)

Betul ker kejayaan nie mudah berjangkit?? Bestnya..

Saya sebenarnya teringat satu tips motivasi diberikan oleh Dr Fadzilah Kamsah, kata beliau kejayaan mudah berjangkit..

Lama juga saya termenung waktu pertama kali mendengar tips beliau..Memang benar juga kata Dr Fadzilah tersebut, kejayaan mudah berjangkit..anda bagaimana? renung-renungkan =]