Semalam, selepas mengajar terasa lapar dan tergerak hati untuk makan char koey teow di semeling. Tapi terfikir untuk balik ke rumah dulu untuk tukar baju. kemudian, keluar makan dengan rakan serumah....
Dalam perjalanan, selepas traffic light simpang empat diantara uitm kedah dan mrsm merbok terlihat banyak kereta ditepi jalan termasuk kereta bahagian keselamatan uitm..rupa-rupanya ada satu kemalangan yang teruk antara dua buah kereta,kemalangan itu kelihatan baru terjadi...ramai orang berkerumun di situ walaupun keadaan cukup gelap di tepi ladang getah. Terdetik mungkinkah pelajar uitm yang terlibat...tapi tak sampai hati untuk turun tengok,jadi kami teruskan perjalanan ke kedai makan.
Masa di kedai makan, terlintas di fikiran,sesungguhnya Allah telah merencanakan segalanya...jika selepas mengajar terus ke kedai mungkin diri ini juga menjadi sebahagian mangsa kemalangan itu.Allahuakbar...
Balik ke rumah selepas makan, terbaca beberapa post di facebook mengatakan kemalangan yang kami tengok tadi melibatkan pelajar uitm dan dikhabarkan pelajar dip.in account semester 3. sekali lagi terdetik hati sambil berdoa harapnya bukan pelajar kelas yang aku ajar. Baru sahaja mengajar kelas pertama hari isnin lepas.
Bangun di pagi ini, hujan sangat lebat tidak seperti hari biasa...mendapat panggilan students untuk pergi menziarahi jenazah rakan mereka yang telah pergi dulu. memang kemalangan semalam melibatkan pelajar uitm kedah.
Nak diikutkan telah banyak kemalangan yang jadi di jalan tu, entahlah banyak puncanya...itulah JALAN LURUS YANG KELAM.
Harap semua berhati-hati dan harap ada tindakan dari pihak berkuasa untuk buat lampu jalan di situ.
INNALILLAH DAN AL-FATIHAH....
No comments:
Post a Comment