Sunday, February 27, 2011

Renunglah ilmu dengan mata hati....





Minggu lepas, saya tergerak hati menonton sebuah rancangan 'dari mata ke hati' di astro oasis. rancangan itu di hoskan oleh Prof.Dr.Muhaya salah seorang pakar mata terulung negara. Dalam rancangan itu, Prof.Dr,Muhaya telah menemu ramah seorang pelajar masalah penglihatan yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM lepas. Saya merasa tersentuh dengan kejayaannya dan ingin berkongsi bersama tentang kejayaanya melihat ilmu dengan mata hati....

Calon separa buta peroleh kejayaan membanggakan


Pelajar cacat penglihatan, Nur Najmi Syamila Mohd Sakari, 18, mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila muncul antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 bagi kategori pendidikan khas.
Anak petani dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu mencatat 8A dan 2B dalam keputusan SPM yang diumumkan serentak seluruh negeri, hari ini (11 Mac).
Dia yang ditemani bapanya, Mohd Sakari, 54, dari Kampung Jerung Tuan, Wakaf Tapai, Marang menitiskan air mata kegembiraan apabila menatap keputusan yang tercatat pada slip keputusan peperiksaan yang diserahkan pengetua sekolahnya, Hajah Zabedah Muda.
“Saya mahu dedikasikan kejayaan saya kepada rakan-rakan yang senasib seperti saya supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan kecacatan ini sebagai penghalang.
“Selepas ini saya berazam untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar untuk membantu golongan seperti saya kerana hanya saya yang mampu merasai apa yang mereka rasai,” katanya.
Katanya, usaha dan doanya tanpa henti selain sokongan keluarga dan guru yang tiak jemu membimbing dan memberi pengajaran khas kepadanya akhirnya berbaloi dengan apa yang sudah terbukti kini.
Nur Najmi berkata, walaupun dilahirkan cacat, beliau tidak pernah merasa serba kekurangan, malah yakin kepada kemampuan diri dan tidak sesekali menyerah kalah dan berusaha untuk mencapai sasaran dan menggembirakan keluarga.
Bapa Nur Najmi, Mohd Sakari bekerja sebagai petani, yang tidak dapat membendung tangisan kesyukuran dengan kejayaan luar biasa anak keenam daripada lapan beradik itu, tidak menduga anaknya yang dilahirkan cacat penglihatan sejak kecil itu mampu membuktikan kecacatan bukan penghalang untuknya cemerlang.
Tiga gambar ini menunjukkan reaksi Nur Najmi Syamila ketika melihat keputusan SPM.
“Pak cik terharu sangat..sentiasa minta hidayah dan petunjuk dari Allah SWT supaya anak pak cik berjaya dan Alhamdulillah hari ini dia berjaya.
“Dia jadikan empat kakak dan abang yang lain sebagai contoh dan pak cik terharu sangat walaupun peringkat awal risau juga memikirkan nasib dia. Tapi apabila masuk sekolah menengah dia semakin bagus dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran,” katanya.
Nur Najmi antara pelajar pendidikan khas yang menjalani pembedahan mata sumbangan kerajaan negeri pada Disember lalu.

Friday, February 25, 2011

Bersatulah Anak Didikku

Bersatulah Anak Didikku.

Hari ini kalian datang dengan senyuman,
Senyuman yang terukir kerana menjejak kaki ke menara gading,
tapi adakah kalian sedar?
adakah kalian tahu?
akan erti pengorbanan sebenar seorang pejuang ilmu di menara gading?

Sedarlah,
Bukan mudah yang disangka,
Bukan secerah matahari hingga ke petang,
kadang kala mendung menjengah jua.

Apabila bergelar mahasiswa,
Usahlah leka dengan hanya pada gelaran,
tidak mahu memandang ke bawah lagi,
jangan lupa kita bukan selamanya diatas,
kita bukan siapa jika kita hanya mendongak ke langit.

Hormatilah siapa jua yang memberi kalian ilmu,
kerana tanpa ilmu kalian buta,
usahlah angkuh dengan sedikit ilmu yang telah dipelajari,
kalian tidak akan berjaya jika kepentingan diri menjadi pegangan.
Bersatulah hati,bulatkan tekad,
Jangan berpecah,yang pecah itu lemah,
Bila kalian lemah susah menjengah,
Biarlah setinggi gunung ilmu didaki,
Namun denyut nadi tetap merendah diri.



Wahai Saudaraku, Bersatulah, Jangan Berpecah-belah.










Menyingkap Tirai Kedamaian Hati

Please click this link...


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

MENCARI REDHA DALAM KETENTUANMU

MENCARI REDHA DALAM KETENTUANMU
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Sebenarnya seluruh manusia tidak akan mampu untuk menolongmu, malah dirimu sendiri pun tidak akan berupaya untuk menolongmu kecuali apa yang diizinkan oleh Allah sahaja. Hanya kepada Tuhanmu sajalah tempat untuk engkau mengadu dan memohon. Redhalah dengan ketentuanNya.

Sedarilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang engkau alami dan engkau sentiasa berada di dalam pengawasanNya dan sesungguhnya engkau berada di sini hanyalah untuk diuji.
Hendaklah engkau redha bahawa Allah adalah Tuhanmu dan redha juga dengan segala ketentuanNya. Wahai diriku, ketahuilah bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Iradat Allah. Tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku jika bukan dengan kehendak Allah. Tidak ada sesuatu yang bergerak dan tidak ada yang diam melainkan semuanya dengan kehendak Allah jua. Tidak ada sesuatu yang berlaku pada dirimu di luar pengetahuan Allah. Tidak ada satu pun yang berlaku pada dirimu itu berlaku dengan sendirinya, itu adalah kehendak Tuhanmu.

Sesiapa pun tidak akan mampu untuk menolak kehendak Allah. Semua perkara berlaku dengan Kudrat dan Iradat Ilahi. Terimalah dengan hati terbuka, berusahalah dan teruslah bertawakkal kepadaNya. Redhalah dengan ketentuan Tuhan. Ketahui jugalah, Tuhan yang menimpakan ujian yang kau rasakan berat kepadamu itu adalah Tuhan yang sama yang memberi kemewahan dan rezeki kepada musuhmu, yang pada pandanganmu seorang yang ingkar. Adakah engkau redha dengan ketentuanNya?

Pada pandangan Allah, dunia dan segala isinya ini tidaklah lebih berharga berbanding sehelai sayap nyamuk. Ketahuilah, pemberian kemewahan dunia kepada hambaNya itu bukanlah bermakna keredhaan dari Allah. Sedarilah, hanya Allah Tuhan yang esa, tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu redhalah Dia sebagai Tuhanmu. Sebagaimana engkau rela menerima Allah sebagai Tuhanmu maka redhalah di dalam menerima ketentuanNya.

‘Tidak ada daya dan upaya pada seluruh makhluk melainkan dengan izin dari Allah jua’. Wahai diriku, ketahuilah tidak ada yang akan terlepas dari kehendak Allah dan tidak ada yang dapat menahan ketentuanNya.

REDHAILAH DIRIKU WAHAI TUHAN....

Saturday, February 12, 2011

Puisi- Sahabat Selamanya...

TIKA KEJAUHAN INI BERPUTAR KEMBALI
MEMORI LALU,
SEJAK BARU MENGENAL ANGKA DAN
ABJAD,
BERSYUKUR KITA DITAKDIRKAN
BERTEMU,
TERUS KU KENAL DIRI KALIAN ATASNAMA
KAWAN,RAKAN DAN TEMAN,
TITIPKANLAH DOA DALAM SETIAP
SUJUD KITA,
AGAR PERSAHABATAN INI TERUS SUBUR
MEWANGI,
TERUSKANLAH LANGKAH MENUJU
DESTINASI,
TAPI USAHLAH SESEKALI KITA LUPA
AKAN
ERTI SEBENAR PERSAHABATAN INI,
WALAU SUSAH,
WALAU SENANG,
WALAU CERIA,
WALAU BERDUKA,
WALAU DI UTARA,SELATAN,TIMUR DAN
BARAT,
KITA MEMBAWA HALUAN UNTUK
MENGAPAI IMPIAN,
BERDOALAH AGAR KITA BERTEMU DI
SUATU PERSIMPANGAN YANG BERNAMA
KEJAYAAN,
PERSAHABATAN INI BUKAN HANYA
KHAYALAN,
TAPI SEBUAH IMPIAN YANG DISIMPUL
ATAS
LANDASAN KEJUJURAN DAN KENYATAAN,
TIADA APA YANG MAMPU DIBERIKAN
SELAIN SECEBIS UCAPAN TERIMA KASIH,
MOGA KANVAS PERSAHABATAN KITA
TERUS DIWARNAI WARNA-WARNA
KEGEMILANGAN,
SALAM PERSAHABATAN..
SALAM UKHWAH..
IKHMAL M.F.
29 DISEMBER 2005
3.40 PM

Jadikan kejayaan penyakit yang berjangkit....

( Jangkitan kejayaan bergantung siapa yang kita dampingi..)

Betul ker kejayaan nie mudah berjangkit?? Bestnya..

Saya sebenarnya teringat satu tips motivasi diberikan oleh Dr Fadzilah Kamsah, kata beliau kejayaan mudah berjangkit..

Lama juga saya termenung waktu pertama kali mendengar tips beliau..Memang benar juga kata Dr Fadzilah tersebut, kejayaan mudah berjangkit..anda bagaimana? renung-renungkan =]